Aku anak sulung dari 2 adik beradik. Maksudnya aku kakak, adik aku lelaki. Sejak sekolah lagi, ape saje yang kami mahukan ayah selalu turutkan. Tak pernah sekali permintaan kami tidak dipenuhi. Kami dimanjakan dengan kemewahan yang ayah berikan. Aku dan adik suke bergado, kadang2 ade je bende yang tidak puas hati. Ayah dan emak selalu marah pada kami jika kami saling berkelahi. Masing2 tak boleh antara kami yang dapat perhatian lebih. Tapi hakikatnya ayah aku adalah seorang yang tegas dan sangat garang. Sehinggakan aku takut untuk bertembung muka jika selisih jalan walaupun kami tinggal sebumbung. Rasa gemuruh dan luruh jantung bile tengok muka ayah aku yang bengis seakan2 mahu makan mangsanya.
Tapi semuanya bertukar bile ayah aku telah mengahwini ibu tiri aku. Ayah jarang berikan perhatian kepada kami. Tiada lagi Water World, Kapal Diana, Taman Buaya, Rumah Hantu, Funfair, Picnic, Holiday dan banyak lagi. Ayah jarang pulang ke rumah, kami rindu ayah. Walaupun kami tak berbual setable ngn ayah, tapi kami rindu ayah marah kami, rindu ayah nasihat kami.
Sampai suatu hari, ayah pulang ke rumah untuk melihat keadaan sekeliling rumah. Aku nmpk ayah, hati gembira tapi mulut berat untuk berkata2. Lalu ayah beredar pulang ke tempat keje. Seperti biase mak balik keje aku saling bantu masak dan cuci pakaian. Kring Kring Kringggggg~ telefon berdering membingitkan lagi keadaan. Tak aku sangka panggilan yang aku jawab itu panggilan emergency. Ayah dibawa ke hospital, kerana mengalami kemalangan jalan raya. Suasana hiba menyelubungi perkarangan hospital. Selama 3 bulan ayah ditempat kan di wad ICU. Selama 6bulan ingatan ayah seperti hilang ingatan. Ya Allah, hati aku sebagai seorang anak sulung sangat sedih melihat keadaan ayah aku. Selama ayah di hospital ibu dan ibu tiri aku bergilir2 untuk menjage. Tapi hati aku meronta2 untuk berada disisi mereka. Apakan daya aku akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pada mase itu. Pelajaran aku sering terganggu sebab aku terkenang akan ayah aku.
Selepas sembuh, karaktor ayah telah bertukar. Dari seorang yang bengis, pemarah, pendiam, pendendam, panas baran. Sekarang ayah telah bertukar jadi seorang yang banyak cakap, loya buruk, suka bergurau, tak marah2 lagi, boleh interaksi dengan baik sama anak2. Syukur alhamdulillah, aku suka yang ini. Mungkin ini adalah satu rahmat dari tuhan. Masuk Universiti, itu juga harapan seorang ayah dan ibu untuk anak2 mereka. Aku takkan hampakan harapan mereka. Tapi hanya aku mampu senyum dan gelak jangan tunjuk muka sedih di hadapan mereka. Ayah dan mak selalu menasihati aku. Aku suka akan nasihat dari mereka. Sebab mereka adalah ibu dan bapa aku.
Sayang macam mana sekali pun ayah tak pernah tunjuk depan anak2. "Ayah marah tandanya ayah syg korg semua, Ayah tak nk korg gagal dalam hidup" ini adalah kata2 yang pernah ayah ucapkan. Walaupun dy tak kata secara terus terang yang dia sangat syg pada kami. Tapi itu dh cukup bahagia bagi kami. Kadang2 anak2 telefon, ayah mengadu pada mak "anak2 ade kol abang tadi" aku tau ayah sangat terharu bila anak2 hubungi beliau. Ayah tak pernah ingin lihat anak2 mereka susah, tapi anak2? Penah pikir ayah susah? Penat lelah beliau bekerja mencari nafkah. Aku bukan lah anak yang sempurna, kerana sehingga sekarang aku belum dapat nk balas jasa ayah dan ibu. Aku hanya berdoa supaya mereka di tempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. Amin~~
Motif : Walau jauh atau dekat kita dengan ibu dan bapa, jangan sekali2 lupe kan mereka. Hubungi mereka, walaupun mereka tak minta untuk dihubungi tapi bila kita telefon mereka akan gembira lebih dari segala2nya yang ada di bumi ini.
Dyla sayang AYAH dan EMAK sampai akhir hayat!!
0 comments:
Post a Comment