Tuesday, September 13

my friend and my musician!

Allahyarham Mohd Alif Mohd Khir (Meningal pada 8.8.2011 bersamaan 8 Ramadhan 1432)

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan,
sedih rasanya hati ini bile mengenangkan,
kau sahabatku, kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu, luhur budimu bagai tiada pengganti,
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami,
memori indah kita bersama terus bersemadi,
kau sahabatku, kau teman sejati.

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
disaat kau masih diperlukan,
tuhan lebih menyayangi dirimu,
ku pasrah diatas kehendak yang Esa.

Ya Allah,
tempatkannya ditempat yang mulia,
tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu,
Sahabatku,
akan kuteruskan perjuangan ini,
walau kutahu kau tiada disisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
selagi roh masih dijasad hidup di teruskan,
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau,
bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahagia dikau disana,
setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan,
moga disana kau bersama para solehin,
kau sahabatku kau teman sejati....

AL-FATIHAH ALLAHYARHAM MOHD ALIF MOHD KHIR.
KAMI SENTIASA INGAT DAN MERINDUIMU. 

reunion 30 July 2011, ini adalah gambar kenangan terakhir kami bersama arwah. rasanya baru semalam kami bergurau senda, masih terngiang2 gelak tawanya. tapi takdir telah memisahkan kita dengannya. tuhan lebih menyayangi dia daripada kita. semoga beliau aman disana.



0 comments:

Post a Comment